DOA SEMPENA MENGHADAPI
PEPERIKSAAN UPSR
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini,
ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai.
Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat,
Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui bahawa pelajar-pelajar kami akan menduduki peperiksaan UPSR hari ini
yang menentukan kejayaan dalam medan
perjuangan mereka. Kami menyedari bahawa segala usaha yang guru-guru dan
pelajar-pelajar kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah
taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya.
Lapangkanlah dada pelajar-pelajar kami dan janganlah Engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah Engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami memohon.
Kurniakanlah kejayaan kepada pelajar-pelajar kami dengan ketinggian dan
kecemerlangan. Jadikanlah pelajar-pelajar kami golongan hambaMu yang mendapat
kemuliaanMu di dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu
dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا
ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ
لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي
الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ